Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga lelaki disyaki jual barangan tiruan dalam talian diberkas

Oct 28, 2021 | 5:30 AM
BARANGAN DIRAMPAS: Polis telah merampas komputer, telefon bimbit dan lebih 600 barangan tiruan seperti pakaian, beg dan aksesori yang bernilai $170,000 di pasaran. - Foto SPF
BARANGAN DIRAMPAS: Polis telah merampas komputer, telefon bimbit dan lebih 600 barangan tiruan seperti pakaian, beg dan aksesori yang bernilai $170,000 di pasaran. - Foto SPF -

TIGA lelaki berusia antara 30 dengan 45 tahun telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam penjualan barangan tiruan dalam talian.

Salah seorang lelaki itu turut disiasat atas aktiviti perjudian dari jauh yang menyalahi undang-undang, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Polis telah melakukan serbuan di Jalan Sultan, Woodlands Circle dan Bedok Reservoir Road Isnin lalu dan merampas komputer, telefon bimbit dan lebih 600 barangan tiruan seperti pakaian, beg dan aksesori.

Barangan tersebut dianggarkan bernilai lebih $170,000 di pasaran.

Siasatan masih dijalankan.

SPF berkata mereka memandang serius terhadap semua bentuk kegiatan perjudian yang menyalahi undang-undang dan pelanggaran hak milik intelektual.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat dalam aktiviti atau keuntungan yang menjejaskan perniagaan yang sah dan pelanggan," kata SPF.

Di bawah Seksyen 11(1) Akta Perjudian Dari Jauh, sesiapa yang menyediakan khidmat perjudian dari jauh secara haram boleh didenda antara $20,000 hingga $500,000, dipenjara hingga tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali.

Di bawah Akta Cap Dagangan, mereka yang didapati melakukan kesalahan menjual atau mengedar barangan dengan hak cipta palsu boleh dikenakan denda sehingga $100,000, penjara hingga lima tahun, atau kededuanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg