PERDANA Menteri Lee Hsieng Loong semasa diwawancara CNBC - sebuah saluran berita Amerika Syarikat - Oktober lalu, memberi bayangan bahawa besar kemungkinan penggantinya ialah seorang daripada anggota kabinet masa kini.

Dalam wawancara itu, beliau mengulangi hasratnya mengundur diri selepas pilihan raya umum akan datang, namun berkata beliau juga perlu memastikan penggantinya bersedia mengambil alih teraju kepimpinan negara.