Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga negara yang henti, larang eksport bahan makanan

Jun 12, 2022 | 5:30 AM
MENUNGGU UNTUK DIPROSES: Lori-lori yang membawa buah kelapa sawit menunggu di sebuah kilang di Aceh Barat, Indonesia, pada 17 Mei lalu. - Foto REUTERS
MENUNGGU UNTUK DIPROSES: Lori-lori yang membawa buah kelapa sawit menunggu di sebuah kilang di Aceh Barat, Indonesia, pada 17 Mei lalu. - Foto REUTERS -

INDIA

APA YANG DISEKAT

Awal bulan lalu, India, pengeluar tepung gandum kedua terbesar dunia, menghentikan eksport gandum durum, yang juga dipanggil gandum pasta atau makaroni, kecuali dalam keadaan tertentu, jika terdapat permintaan daripada negara-negara yang terdesak.

KENAPA

Perdana Menteri, Encik Narendra Modi, memberi jaminan India akan mengisi jurang besar dalam pengeluaran gandum akibat perang di Ukraine.

Tetapi beliau mengubah fikiran apabila harga gandum domestik mula naik ekoran gelombang haba di utara dan tengah negara itu.

APA YANG BERLAKU SEKARANG

Harga gandum di luar India naik sebanyak enam peratus. Ini bermakna harga gandum di peringkat global telah naik sebanyak 60 peratus pada tahun ini.

Selain tidak digemari warga India yang berpeluang meraih faedah daripada harga dan permintaan yang tinggi, sekatan itu boleh mempengaruhi harga beras.

INDONESIA

APA YANG DISEKAT

April lalu, Indonesia menghentikan penghantaran minyak sawit dalam satu tindakan terbesar untuk melindungi tanaman minyak sawit sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Indonesia menyumbang sebanyak 60 peratus pengeluaran minyak sawit dunia.

Bahan itu digunakan dalam banyak barangan seperti biodiesel, kosmetik, sabun badan, sabun pinggan, mi segera, kek, roti dan biskut.

KENAPA

Sekatan dibuat selepas harga domestik minyak masak, di mana minyak sawit adalah bahan utama, melonjak lebih 50 peratus.

Harga minyak sawit naik disebabkan langkah-langkah yang bertujuan mengawal bekalan minyak sawit. Ini termasuk had harga minyak masak dan had dua liter bagi produk itu.

APA YANG BERLAKU SEKARANG

Indonesia menarik balik eksport minyak sawit pada Mei 23. Tetapi ia menyebabkan harga minyak sawit meningkat secara drastik.

Lonjakan itu, yang mencapai 200 peratus, menjejas negara lain seperti India, Pakistan, Bangladesh dan Mesir.

Kumpulan petani Indonesia telah membantah larangan eksport yang menjejas pendapatan mereka itu.

Pemerintah Indonesia telah mengenakan arahan 'pematuhan pasaran domestik' pada pengeluar minyak sawit untuk memastikan 10 juta tan minyak masak kekal di Indonesia.

MALAYSIA

APA YANG DISEKAT

Malaysia melarang eksport ayam dari Jun 1, hingga harga domestik dan pengeluaran ayam kembali normal.

KENAPA

Ia bertujuan menambah bekalan ayam di pasaran Malaysia dan memastikan harga ayam tidak melonjak.

Harga ayam melonjak disebabkan pergantungan Malaysia pada bekalan makanan ayam dari negara lain.

Harga sudah lebih mahal pada awal bulan lalu disebabkan pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan nilai ringgit yang semakin lemah.

Ukraine adalah pengeksport utama jagung dan bijiran yang mempunyai komponen utama dalam makanan ayam.

Malaysia juga membuat penyelidikan berkaitan pengaruh kartel yang dikatakan mengawal harga dan bekalan ayam di negara itu.

APA YANG BERLAKU SEKARANG

Perniagaan dan pengguna di Singapura telah terjejas disebabkan republik ini mendapatkan sumber ayam dari Malaysia.

Penjual ayam menjangka harga ayam segar akan melonjak sebanyak 30 peratus.

Malaysia berkata ia akan berbincang untuk menyemak dasarnya mengenai eksport inti sawit, yang boleh digunakan sebagai dedak.

Kementerian pertanian dan industri pertaniannya berkata bekalan ayam sudah stabil dan tidak ada kekurangan bekalan ayam dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg