Tiga penularan berterusan Covid-19 mungkin terjadi di 3 kelab hiburan: MOH
Tiga penularan berterusan Covid-19 mungkin terjadi di 3 kelab hiburan: MOH
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata kelmarin bahawa kemungkinan terdapat tiga penularan berterusan di tiga kelab KTV.
Ketiga-tiganya ialah Club Dolce di Balestier Point, WU Bistro di Kompleks Golden Mile dan Club De Zara di Textile Centre.
Siasatan masih berjalan bagi jangkitan kes Covid-19 dalam kalangan pelayan Vietnam yang sering mengunjungi KTV itu atau kelab malam yang kini beroperasi sebagai cawangan makanan dan minuman.
Kenalan dekat pelayan itu juga disiasat.
MOH berkata: "Bagi menghentikan sebarang penularan rantaian jangkitan dan untuk membersihkan secara terperinci, premis itu akan ditutup kepada orang ramai mulai 13 Julai hingga 27 Julai.
"Untuk mengesan jika ada jangkitan kes dalam masyarakat dengan cepat, kami akan melakukan operasi ujian khas untuk kesemua kakitangan WU Bistro dan Club De Zara."
MOH juga berkata ujian Covid-19 secara percuma akan ditawarkan kepada pengunjung ke kededua lokasi itu dari 29 Jun hingga kelmarin.
Selain itu, ujian percuma juga akan disediakan untuk pengunjung KTV yang serupa atau kelab yang beroperasi sebagai kedai makanan dan minuman dan juga untuk sesiapa yang berinteraksi bersama pelayan sosial Vietnam itu.
MOH menambah: "Ini adalah tambahan bagi operasi ujian yang diumumkan pada Isnin untuk staf dan pengunjung ke Supreme KTV (Pusat Beli-belah Far East), Empress KTV (Pusat Beli-belah Tanglin) dan Club Dolce (Balestier Point)."
MOH telah mengumumkan 19 kes dalam masyarakat kelmarin, di mana lapan kes adalah gugusan kelompok KTV yang kian meningkat.
Ini adalah jumlah kes dalam masyarakat yang tertinggi sejak 17 Jun, dengan 20 kes dilaporkan dalam masyarakat.

