Tiga program baru bantu syarikat laksana usaha pendigitalan
Premium
Tiga program baru bantu syarikat laksana usaha pendigitalan
Oct 17, 2019 | 5:30 AM
TAWAR PROGRAM DIGITAL: Kerjasama dijalin antara SBF dan NUS-ISS agar syarikat dan pekerja dapat meraih manfaat dalam usaha pendigitalan mereka. Encik Zaqy (tengah) telah menyaksikan pemeteraian MOU semalam, yang ditandatangani oleh (depan, dari kiri) Encik Ho Meng Kit, CEO SBF dan Encik Khoong Chong Meng, CEO NUS-ISS. - Foto BH oleh KEVIN LIM -
SYARIKAT yang mahu menggiatkan usaha pendigitalan mereka kini boleh meraih manfaat daripada tiga program baru yang menyasarkan pekerja di semua peringkat.
Program itu akan ditawarkan oleh Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan Institut Sistem Sains Universiti Nasional Singapura (NUS-ISS), menyusuli satu pemeteraian perjanjian persefahaman memorandum semalam.

