Topik diikuti
Pergi ke BHkuTiga rakyat M'sia ditahan, disyaki lakukan kesalahan dadah; dadah bernilai $1.3 juta dirampas
Tiga rakyat M'sia ditahan, disyaki lakukan kesalahan dadah; dadah bernilai $1.3 juta dirampas
Tiga rakyat M'sia ditahan, disyaki lakukan kesalahan dadah; dadah bernilai $1.3 juta dirampas
SATU tangkapan yang dibuat pada Rabu (18 Mei) di Pusat Pemeriksaan Woodlands telah membawa kepada penemuan pil heroin, methamphetamine dan Ecstasy bernilai $1.3 juta oleh pihak berkuasa.
Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (20 Mei) berkata tiga lelaki warga Malaysia berusia antara 23 dan 28 tahun, telahpun ditahan.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada petang Rabu ketika cuba memasuki Singapura dengan kereta berdaftar Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.
Semasa pemeriksaan rutin selepas kereta itu memasuki lorong pelepasan imigresen di Zon Kereta Ketibaan, pegawai ICA menemui bungkusan yang mengandungi sekitar 17,704 gram heroin, 261g methamphetamine, atau 'Ice', dan 2g tablet Ecstasy di dalam but kereta.
Pemandu kereta itu segera diserahkan kepada CNB untuk siasatan.
Dua lagi suspek ditahan pada pagi Khamis di sekitar Bedok North Street 1 dalam operasi penguatkuasaan berikutnya oleh CNB.
Mereka dipercayai penerima dadah tersebut.
Pihak berkuasa berkata, jumlah dadah yang dirampas adalah mencukupi untuk menampung ketagihan sekitar 8,430 penagih heroin dan 150 penagih 'Ice' selama seminggu.
Mereka yang didapati bersalah mengedar lebih daripada 15g heroin, atau 250g methamphetamine berdepan hukuman mati mandatori.
Siasatan terhadap kedua-dua kegiatan dadah dan suspek masih diteruskan.
