Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga syarikat berpakat manipulasi bidaan tender Wildlife Reserves Singapore didenda $32,000

Jun 4, 2020 | 5:44 PM
DIDENDA: Wildlife Reserves Singapore telah melarang tiga syarikat itu daripada menyertai latihan bidaan bagi projek yang lain. - FOTO: Fail
DIDENDA: Wildlife Reserves Singapore telah melarang tiga syarikat itu daripada menyertai latihan bidaan bagi projek yang lain. - FOTO: Fail -

TIGA syarikat pembinaan didapati telah berpakat sulit dalam memanipulasi bidaan bagi lapan tender yang ditawarkan Wildlife Reserves Singapore (WRS), kata Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) pada Khamis (4 Jun).

Firma-firma itu, iaitu Shin Yong Construction, Geoscapes dan Hong Power Engineering - telah berkongsi maklumat mengenai bidaan tersebut serta menyelaraskan bidaan masing-masing bagi tawaran WRS itu antara 1 Julai 2015 dengan 6 Oktober 2016, lapor The Straits Times (ST).

Menurut CCCS, syarikat berkenaan didenda sejumlah $32,098 secara keseulurahan atas melanggar peraturan Seksyen 34 di bawah Akta Persaingan.

Geoscapes didenda sejumlah $19,739 manakala Shing Yong Construction didenda $7,148 dan Hong Power Engineering pula, dikenakan denda sebanyak $5,211.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg