Topik diikuti
Pergi ke BHkuTiket Coldplay habis dijual dalam kurang dua jam
Nov 22, 2016 | 5:30 AM
Tiket Coldplay habis dijual dalam kurang dua jam
KESEMUA tiket bagi Tour Coldplay, A Head Full of Dreams, di Singapura habis dijual kurang daripada dua jam selepas jualan awam bermula semalam.
Bagaimanapun, pihak penganjur Live Nation Lushington berkata dalam laman Facebooknya bahawa ia sedang berunding dengan pasukan penerbitan artis dan pihak berkuasa pelesenan Singapura untuk melepaskan "lebih banyak inventori" dalam tempoh beberapa hari lagi bagi "menampung permintaan yang amat menggalakkan".