Topik diikuti
Pergi ke BHkuTiket F1 Grand Prix Singapura dijual mulai 13 April, grandstand tiga hari bermula dari $298
Tiket F1 Grand Prix Singapura dijual mulai 13 April, grandstand tiga hari bermula dari $298
Tiket F1 Grand Prix Singapura dijual mulai 13 April, grandstand tiga hari bermula dari $298
TIKET untuk Formula Satu (F1) Grand Prix Singapura tahun ini akan mula dijual pada 10 pagi Rabu (13 April). Tiket grandstand tiga hari ke Litar Jalan Raya Marina Bay bermula dari $298. Singapura, yang pada Januari mengumumkan perjanjian baru tujuh tahun untuk terus menganjurkan perlumbaan F1 di sini, dijadualkan menganjurkan perhentian ke-18 dalam kalendar 23 perhentian musim ini dari 30 September hingga 2 Oktober. Perlumbaan malam itu dibatalkan pada 2020 dan tahun lalu kerana pandemik Covid-19. Charles Leclerc dari Ferrari, yang memenangi Grand Prix Australia Ahad lalu, mendahului kedudukan pemandu dengan 71 mata, di hadapan George Russell dari Mercedes (37 mata). Juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton berada di tempat kelima (28 mata) manakala juara dunia Max Verstappen dari Red Bull ketinggalan tiga mata di tempat keenam. Barisan hiburan penuh - penghibur lalu termasuk Rihanna, Dua Lipa, Ariana Grande, Queen dan Adam Lambert, Linkin Park, Jay Chou, The Killers - akan dikeluarkan dalam beberapa minggu akan datang. GP Singapura berkata ia bekerjasama dengan pemerintah Singapura untuk memastikan acara itu mematuhi langkah pengurusan selamat yang sedia ada. Perlumbaan 2019 menarik sejumlah 268,000 penonton sepanjang tiga hari - kedua tertinggi selepas jumlah keseluruhan 300,000 pada perlumbaan pertama tahun 2008.