Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiket NDP 2021 akan diberi kepada 'Wira Seharian' S'pura, tidak dibuka kepada umum

Jul 2, 2021 | 4:00 PM
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2021, BG Tan Cheng Kwee, mendedahkan tema dan logo NDP tahun ini semasa acara media yang diadakan di Pentas Terapung Marina Bay pada Jumaat, 2 Julai 2021.
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2021, BG Tan Cheng Kwee, mendedahkan tema dan logo NDP tahun ini semasa acara media yang diadakan di Pentas Terapung Marina Bay pada Jumaat, 2 Julai 2021. - NUR FATHIN AWALLUDIN

ORANG ramai tidak akan dapat mencuba nasib mendapatkan tiket bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.

Tidak seperti tahun-tahun lalu, tiket-tiket bagi NDP 2021 akan diberikan kepada individu terpilih sahaja dan bukan menerusi pengundian umum atau 'public balloting'.

Demikian diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2021, BG Tan Cheng Kwee, yang menjelaskan bahawa tiket-tiket bagi pertunjukan fizikal NDP akan diberikan kepada 'Wira Seharian' atau 'Everyday Heroes' seperti guru, penjaja dan pemandu pengangkutan awam.

Proses pemilihan wira-wira ini masih dalam perbincangan dan jawatankuasa penganjur akan bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam melakukan pemilihan, kata BG Tan

NDP tahun ini akan kembali ke Pentas Terapung Marina Bay.

BG Tan menambah bahawa disebabkan pandemik Covid-19 yang masih berubah, bilangan penonton yang dibenarkan di Pentas Terapung Marina Bay hanya dapat diumumkan sebelum 9 Ogos nanti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg