Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Timbalan Ketua Pendakwa Jauhari 2020

Timbalan Ketua Pendakwa dan Peguam Penasihat Undang-Undang Negara Kanan Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir Jauhari 2020; pemain bola sepak profesional Ikhsan Fandi Jauhari Harapan
Nov 18, 2020 | 6:37 PM
JAUHARI MASYARAKAT MELAYU/ISLAM: Timbalan Ketua Pendakwa dan Peguam Negara Kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC), Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Jauhari Berita Harian 2020. - Foto BH oleh GAVIN FOO
JAUHARI MASYARAKAT MELAYU/ISLAM: Timbalan Ketua Pendakwa dan Peguam Negara Kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC), Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Jauhari Berita Harian 2020. - Foto BH oleh GAVIN FOO -

DENGAN kegigihan dan sikap yang tidak kenal erti putus asa, beliau membuktikan keupayaannya hingga diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab penting dalam kerjayanya.

Timbalan Ketua Pendakwa dan Peguam Penasihat Undang-Undang Negara Kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC), Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir, 40 tahun, juga baru-baru ini dilantik sebagai antara 88 Penasihat Undang-Undang Kanan di Singapura.

Sambil mendaki tangga kerjaya, beliau juga giat menyumbang kepada masyarakat, khususnya bagi usaha pembangunan pendidikan golongan muda.

Semangatnya yang menjadi sumber inspirasi dan wajar diteladani itu diiktiraf apabila Encik Mohamed Faizal dinobat sebagai Jauhari masyarakat Melayu/Islam tahun ini.

Beliau menerima Anugerah Jauhari Berita Harian (BH) 2020 daripada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dalam satu majlis di Auditorium SPH News Centre pada Rabu petang (18 November).

Acara itu juga akan disiarkan di laman Facebook BH 7.45 malam ini (18 November).

Anugerah yang disampaikan BH kepada individu atau pertubuhan Melayu/Islam itu mengiktiraf pencapaian dan sumbangan cemerlang penerima dalam bidang masing-masing.

Turut disampaikan ialah Anugerah Jauhari Harapan yang mengiktiraf pencapaian dan potensi individu Melayu/Islam berusia 30 tahun ke bawah.

Penerimanya ialah pemain bola sepak profesional, Ikhsan Fandi, yang kini menyertai kelab Norway FK Jerv.

Beliau menerima trofi dan wang tunai $5,000 sumbangan Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS).

*Artikel ini telah dikemas kini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg