Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Timbalan Mufti kunjungi pekerja migran mangsa nahas

Apr 30, 2021 | 5:30 AM
PRIHATIN: Di samping mengadakan pertemuan di alam maya, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan (atas, tengah) dan beberapa rakan kerja dari Masjid Assyakirin melawat dormitori pekerja migran yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini. - Foto USTAZ DR MOHAMMAD HANNAN HASSAN / FACEBOOK
PRIHATIN: Di samping mengadakan pertemuan di alam maya, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan (atas, tengah) dan beberapa rakan kerja dari Masjid Assyakirin melawat dormitori pekerja migran yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini. - Foto USTAZ DR MOHAMMAD HANNAN HASSAN / FACEBOOK -

TIMBALAN Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, telah mengadakan pertemuan secara maya dengan pekerja migran terlibat dalam kemalangan yang meragut dua jiwa rakan kerja mereka.

Beliau bersama beberapa rakan kerja dari Masjid Assyakirin turut melawat dormitori mereka untuk menghantar beberapa barangan makanan.

"Walaupun saya tidak dapat bertemu mereka secara peribadi, saya gembira dapat bertemu mereka secara maya.

"Saya gembira melihat mereka sedang pulih dengan baik. Saya perhatikan juga mereka positif dan bersemangat," kata Ustaz Dr Mohammad Hannan dalam satu pos Facebook.

Beliau melahirkan rasa terima kasih kepada Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (Ace), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) serta Pasukan Keyakinan Ke Hadapan dan Sokongan, yang membantu mengaturkan lawatan serta pertemuan maya itu.

"Saya berasa yakin mengetahui yang MOM, Ace dan Fast terus menyokong para pekerja ini dan menguruskan keperluan serta kebajikan mereka.

"Inilah Singapura dan penyertaan rakyat (citizenry) yang amat kita banggakan," ujar Ustaz Dr Mohammad Hannan.

Baru-baru ini, 17 pekerja migran terlibat dalam satu kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) melibatkan lori yang membawa mereka berlangagr dengan sebuah lori jongket tidak bergerak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg