Premium
Tindakan cepat pembantu rumah selamatkan nyawa kawan
Pusat Pekerja Domestik (CDE) segera hulur bantuan selepas amah mengadu alami kemurungan dan fikiran bercelaru
Jan 23, 2018 | 5:30 AM

PUSAT BANTU PEMBANTU RUMAH: Tindakan segera pembantu rumah, Cik Rusmawati (berbaju merah) yang memaklumkan kepada CDE tentang temannya, juga seorang pembantu rumah dari Indonesia, yang mengalami kemurungan tahun lalu, telah membantunya menyelamatkan kawannya itu. - Foto BH oleh NG JUN SEN -
SEORANG pembantu rumah dari Indonesia sedang mengalami kemurungan dan fikiran bercelaru apabila beliau menghubungi temannya, Cik Rusmawati, tahun lalu.
Selepas panggilan itu, Cik Rusmawati yang juga berasal dari Indonesia yang juga bekerja sebagai pembantu rumah di sini, mengambil keputusan yang mampu menyelamatkan nyawa rakannya itu.

