Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tindakan tegas terhadap pemilik rumah langgar had penghunian

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tindakan tegas terhadap pemilik rumah langgar had penghunian

Jan 09, 2024 | 07:11 PM



Walaupun had penghunian akan dinaikkan buat sementara waktu untuk flat awam dan rumah persendirian yang lebih besar, pemerintah akan terus mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melanggar peraturan, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Encik Tan Kiat How, pada 9 Januari.

Mulai 22 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026, sehingga lapan orang yang tiada hubungan keluarga akan dibenar tinggal di kediaman sedemikian – langkah sementara untuk membantu memenuhi permintaan sewa.

Had ini meningkat daripada had enam orang yang tiada hubungan, yang ditakrifkan sebagai mereka yang bukan daripada unit keluarga yang sama.

Berikutan pengumuman langkah perumahan sementara bulan lepas, Anggota Parlimen (AP) telah menimbulkan keprihatinan mengenai potensi pelanggaran had penghunian dan kepadatan yang mungkin timbul.

Dalam jawapan di Parlimen pada Selasa, Encik Tan berkata, pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dikehendaki mendapatkan kelulusan HDB sebelum menyewakan flat atau bilik tidur mereka.

Peraturan yang sama dikenakan kepada pemilik hartanah kediaman persendirian, yang mesti mendaftar terlebih dahulu dengan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) jika mereka ingin menyewa kepada lebih enam orang yang tiada hubungan.

Pemeriksaan rutin dijalankan HDB dan URA untuk perumahan awam dan swasta untuk memastikan pemilik dan penyewa mematuhi peraturan dan syarat kelulusan, dan tidak menyebabkan “kepadatan serius” terhadap orang ramai.

HDB akan mengeluarkan amaran bertulis, mengenakan penalti kewangan atau memperoleh flat secara paksa untuk kes yang paling teruk, kata Encik Tan.

Sepanjang lima tahun lalu, HDB mengambil tindakan terhadap purata 115 kes penyewaan tanpa kebenaran, termasuk kes di mana pemilik flat melanggar had penghunian, katanya.

Maklum balas berkaitan gangguan yang disebabkan penyewa yang menyewa flat HDB atau bilik tidur merupakan 1.5 peratus daripada jumlah maklum balas mengenai gangguan daripada jiran sejak lima tahun lalu, tambahnya.

Bagi rumah kediaman persendirian, Encik Tan berkata kebenaran URA akan dihentikan sekiranya berlaku kepadatan serius dan pemilik dikehendaki mengembalikan rumah mereka kepada had penghunian asal iaitu enam orang.

Selain itu, mereka yang melanggar had boleh didenda dan/atau dipenjara.

Sepanjang lima tahun lalu, URA mengambil tindakan terhadap purata 244 kes setahun kerana melanggar had penghunian, kata Encik Tan.

Menjawab soalan Cik Foo Mee Har (GRC West Coast), tentang sama ada pemerintah bercadang mengehadkan bilangan rumah pangsa di blok HDB yang mungkin memanfaatkan had penghunian yang dilonggarkan buat sementara waktu untuk mengelakkan beban berlebihan ke atas prasarana sedia ada, Encik Tan menegaskan kuota sedia ada bagi mereka yang bukan warganegara akan membantu mengehadkan pertambahan penghuni di setiap blok.

Ini kerana kebanyakan mereka yang menyewa pada had penghunian adalah bukan warganegara.

Kelonggaran sementara untuk had penghunian akan “memenuhi permintaan sewa jangka pendek dan mengawal harga sewa untuk isi rumah Singapura yang perlu menyewa,” tambah Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >