Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinggalkan kerjaya stabil demi kejar minat sains data hingga ke PhD

Nov 30, 2021 | 5:30 AM
0f845771-9376-46b5-ae10-c79fef3cf6d6
-

BEBERAPA tahun lalu, Cik Nurul Asyikeen Azhar mengambil keputusan berani meninggalkan kerjaya stabil dalam bidang perakaunan untuk menceburi bidang sains data, yang pada masa itu kurang diketahui.

Beliau mengikuti program sarjana sains data di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan kini telah tiga tahun membina kerjaya baru sebagai pakar data sains di Rio Tinto Goup, syarikat kedua terbesar di dunia dalam sektor pelombongan logam seperti besi, berlian dan emas.

Berkongsi perjalanannya berpindah daripada bidang perakaunan ke bidang data sains dalam edisi podcast #notapis Berita Harian baru-baru ini, Cik Nurul Asyikeen, yang berusia awal 30-an tahun, berkata beliau mengambil keputusan itu kerana mula berasa resah setelah lima tahun berkecimpung dalam bidang perakaunan.

"Memang... seseorang yang ingin menceburi sesuatu yang baru akan berasa takut dan gementar. Begitu juga saya," ujar Cik Nurul, yang berkata beliau membuat keputusan itu selepas menimbangkan buruk baiknya secara mendalam.

"Saya memang meminati bidang sains data, tetapi sebelum ini belum ada peluang meluas untuk menceburinya," ujar beliau, sambil menambah bahawa jumlah kursus dan pengajian sains data telah bertambah sepanjang lima tahun lalu.

Tanpa bekal kemahiran dalam menulis kod atau memprogram komputer, Cik Nurul Asyikeen berkata pengalamannya pada awal pengajian sarjana adalah mencabar.

Namun, beliau berjaya mengatasi cabaran itu dan kini memperdalam ilmunya dengan memburu ijazah doktor kejuruteraan (EngD) di SMU dalam bidang sains komputer dan menjangka menamatkan pengajiannya dalam masa dua tiga tahun ini.

Menurut Cik Nurul Asyikeen, beliau dikelilingi rakan kerja yang juga pakar dalam bidang masing-masing dan ini mendorongnya memperdalam kepakaran sendiri.

"Mereka sumber inspirasi saya dan saya tahu saya masih perlu memperdalam pengetahuan sendiri," ujar Cik Nurul Asyikeen.

Memang... seseorang yang ingin menceburi sesuatu yang baru akan berasa takut dan gementar. Begitu juga saya. Saya memang meminati bidang sains data, tetapi sebelum ini belum ada peluang meluas untuk menceburinya. - Cik Nurul Asyikeen Azhar, yang mengambil keputusan berani meninggalkan kerjaya stabil dalam bidang perakaunan untuk menceburi bidang sains data, yang pada masa itu kurang diketahui.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg