Premium
Tingkat kemahiran untuk jadi penolong eksekutif operasi
Nov 16, 2018 | 5:30 AM
PERTINGKAT KEMAHIRAN: Selain menjalani latihan menggunakan mesin pembersihan baru yang memanfaatkan teknologi di tempat kerja, Cik Ainiah Mahmot mengambil inisiatif sendiri untuk menyertai kursus lain di luar pekerjaannya supaya dapat menimba pengetahuan lebih mendalam dengan harapan dapat terus mara dalam pekerjaannya. - Foto BH oleh KHALID BABA -
WALAUPUN di tempat kerja beliau sudah menjalani latihan mempertingkat kemahirannya, Cik Ainiah Mahmot tidak setakat berhenti menimba ilmu di situ saja.
Menggunakan kredit SkillsFuturenya, pekerja di bawah syarikat pembersihan Sun City Maintenance itu menyertai kursus diploma kepimpinan dalam pengurusan pada 2016.

