Premium
Tingkat mutu jagaan di Rumah Kebajikan Muhammadiyah
Feb 14, 2020 | 5:30 AM
LEBIH SELESA: Rumah Kebajikan Muhammadiyah menjamin penginapan lebih selesa dan selamat bagi mengasuh dan memulihkan kanak-kanak dan remaja lelaki yang diabaikan, dianiaya atau tidak berbumbung, termasuk pesalah juvenil dan mereka yang sukar dikawal ibu bapa. - Foto BH oleh AZMI ATHNI -
SETELAH bertempat di Bedok North Street 3 selama sepuluh tahun, kini tiba masanya bagi Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) untuk berpindah ke 101 Elias Road pula pada pertengahan tahun ini.
Ditempatkan di persisiran pantai Pasir Ris, lokasi baru menjamin penginapan lebih selesa dan selamat bagi mengasuh dan memulihkan kanak-kanak dan remaja lelaki yang diabaikan, dianiaya atau tidak berbumbung, termasuk pesalah juvenil dan mereka yang sukar dikawal ibu bapa.

