Tinjauan: 45.3% penjaga pesakit skizofrenia adalah wanita lebih berusia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tinjauan: 45.3% penjaga pesakit skizofrenia adalah wanita lebih berusia

Jan 7, 2021 | 5:30 AM

Tinjauan: 45.3% penjaga pesakit skizofrenia adalah wanita lebih berusia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BANYAK TANGGUNGJAWAB: Antara yang perlu dilakukan penjaga pesakit skizofrenia termasuk memastikan mereka memakan ubat yang telah diberikan, mengaturkan janji temu doktor, menyediakan pengangkutan sehinggalah menguruskan rutin seharian mereka. - Foto ISTOCKPHOTO
BANYAK TANGGUNGJAWAB: Antara yang perlu dilakukan penjaga pesakit skizofrenia termasuk memastikan mereka memakan ubat yang telah diberikan, mengaturkan janji temu doktor, menyediakan pengangkutan sehinggalah menguruskan rutin seharian mereka. - Foto ISTOCKPHOTO -

BEBAN menjaga individu yang menderita skizofrenia seringkali jatuh pada bahu warga Singapura yang lebih berusia, terutama wanita, menurut satu tinjauan yang dilakukan di sini.

Sekitar 45.3 peratus penjaga pesakit skizofrenia berusia 55 tahun ke atas, termasuk 14.2 peratus yang berusia 65 tahun ke atas.

Hanya 7.4 peratus penjaga berusia bawah 25 tahun.

Skizofrenia adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan gangguan pemikiran, persepsi, emosi, bahasa, rasa diri dan tingkah laku.

Ia boleh menjejas sesiapa sahaja tidak kira usia walaupun ia biasanya bermula pada masa remaja atau dewasa muda.

Skizofrenia menjejas kaum Adam mahupun hawa namun puncanya masih belum lagi diketahui.

Tinjauan tersebut yang diberi nama 'Tinjauan Beban Penjaga Individu yang Menderita Skizofrenia' melibatkan 151 penjaga dan telah dikelolakan oleh Caregivers Alliance Limited dengan sokongan syarikat Johnson & Johnson.

Ia mendapati bahawa majoriti penjaga merupakan saudara perempuan pesakit skizofrenia itu, dengan kebanyakannya merupakan kakak atau adik perempuan (27.8 peratus) diikuti dengan ibu (23.3 peratus).

Anak perempuan membentuk 9 peratus penjaga kepada pesakit skizofrenia.

Ketua, Operasi & Kerjasama Caregivers Alliance, Encik Jared Goh, kelemahan kewangan merupakan kebimbangan utama penjaga kerana mereka terpaksa menolak tepi kerjaya mereka untuk menjaga pesakit skizofrenia itu.

"Ramai penjaga hanya boleh bekerja sambilan atau mereka perlu berhenti sepenuhnya.

"Malah penjaga dengan tahap pendidikan yang tinggi juga kadang mendapati diri mereka terpaksa menyara kehidupan dengan pendapatan yang kecil atau langsung tanpa pendapatan.

"Lebih banyak perlu dilakukan untuk mengurangkan beban penjaga ini agar mereka dapat kembali menyertai tenaga kerja dan mencapai potensi kewangan serta profesional mereka," ujar Encik Goh.

Menurut tinjauan yang sama, 84.3 peratus penjaga mempunyai pendapatan kurang dari $5,000 sebulan dengan 43.2 peratus mempunyai pendapatan kurang $2,000 sebulan.

Dalam kalangan penjaga yang mempunyai kelulusan sarjana muda, 75 peratus bergaji kurang $5,000 sebulan dan 46.7 peratus penjaga yang mempunyai kelulusan sarjana atau lebih tinggi bergaji kurang $5,000 sebulan.

Hanya 37.9 peratus penjaga mempunyai pekerjaan sepenuh masa dan lagi 22.7 peratus mempunyai pekerjaan sambilan.

Baki 39.4 peratus penjaga merupakan suri rumah, pesara, pelajar atau penganggur.

Menurut tinjauan tersebut lagi, untuk memenuhi keperluan penjagaan mereka, sepertiga penjaga telah berhenti kerja sementara 54.7 peratus penjaga telah mengambil cuti daripada kerja untuk menjaga pesakit skizofrenia di bawah tanggungan mereka.

Menjaga pesakit yang menderita skizofrenia melibatkan banyak perkara, jelas Encik Goh.

Ini termasuk memastikan mereka memakan ubat yang telah diberikan, mengaturkan temujanji doktor, menyediakan pengangkutan sehinggalah menguruskan rutin seharian mereka.

"Tanpa bantuan dan pendekatan baru untuk menguruskan skizofrenia, ramai wanita berusia akan mendapatinya bertambah sukar untuk memasuki semula tenaga kerja untuk memperbaiki kedudukan kewangan mereka," tambah Encik Goh.

"Ramai penjaga hanya boleh bekerja sambilan atau mereka perlu berhenti sepenuhnya. Malah penjaga dengan tahap pendidikan yang tinggi juga kadang mendapati diri mereka terpaksa menyara kehidupan dengan pendapatan yang kecil atau langsung tanpa pendapatan. Lebih banyak perlu dilakukan untuk mengurangkan beban penjaga ini agar mereka dapat kembali menyertai tenaga kerja dan mencapai potensi kewangan serta profesional mereka." - Ketua, Operasi & Kerjasama Caregivers Alliance, Encik Jared Goh.

SEKILAS TINJAUAN

PENDAPATAN BULANAN PENJAGA

  1. Kurang dari $2,000: 43.2%
  2. Antara $2,000 dengan $5,000: 41.1%
  3. Antara $5,000 dengan $10,000: 13%
  4. Lebih daripada $10,000: 2.7%

STATUS PEKERJAAN PENJAGA

  1. Pekerja sepenuh masa: 37.9%
  2. Pekerja sambilan: 22.7%
  3. Suri rumah: 10.6%
  4. Pesara: 15.2%
  5. Pelajar: 2.3%
  6. Penganggur: 11.4%

KESAN EMOSIONAL TERHADAP PENJAGA

  1. Alami stres dan kegelisahan: 49.7%
  2. Kurang masa dengan keluarga dan rakan: 43.7%
  3. Ikatan kekeluargaan tegang: 21.9%
  4. Rasa kekurangan perkhidmatan sokongan: 62.0%
  5. Rasa terdapat stigma berkaitan jadi penjaga: 79.5%
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg