Tinjauan: Muslim sokong langkah berwaspada tambahan apabila masjid dibuka
Premium
Tinjauan: Muslim sokong langkah berwaspada tambahan apabila masjid dibuka
Mar 25, 2020 | 5:30 AM
MAJID DIBERSIHKAN: Masjid-masjid setempat dibersihkan baru-baru ini. Satu tinjauan dalam talian yang dijalankan Muis menunjukkan orang Islam rata-rata menyokong langkah berjaga-jaga tambahan yang perlu dilaksanakan apabila masjid dibuka kelak. - Foto fail -
SATU tinjauan dalam talian yang dijalankan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) baru-baru ini menunjukkan orang Islam rata-rata menyokong langkah berjaga-jaga tambahan yang perlu dilaksanakan apabila masjid dibuka kelak.
Tinjauan itu, yang dijalankan ke atas 32,000 responden pada 19 dan 20 Mac lalu, antara lain mendapati 81 peratus selesa suhu badan mereka diambil sebelum memasuki masjid, dan 69 peratus berkata mereka selesa jika tidak dibenarkan memasuki masjid sekiranya didapati tidak sihat.

