Topik diikuti
Pergi ke BHkuTinjauan Snef bagi gaji, pekerjaan 2026/2027
Cabaran tenaga kerja
- Cabaran kos tenaga kerja meningkat daripada 79 peratus majikan pada 2025 kepada 83 peratus pada 2026.
- Semakin kurang syarikat menghadapi kesukaran mengambil atau mengekalkan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) – turun daripada 47 peratus pada 2025 kepada 41 peratus pada Jun 2026 hingga Mei 2027.
- Jumlah syarikat yang kekurangan bakat tempatan berkemahiran tinggi juga turun daripada 42 peratus pada 2025 kepada 35 peratus pada Jun 2026 hingga Mei 2027.
Dua keutamaan sumber manusia (HR) pada 2027
- Jumlah menarik bakat yang sesuai (59 peratus).
- Teroka, guna pakai dan tingkatkan penggunaan kecerdasan buatan (48 peratus).
Prospek perniagaan
- Lebih kurang syarikat menghadapi ketidaktentuan perniagaan – turun daripada 72 peratus pada 2026 kepada 63 peratus pada 2027.
Rancangan pengambilan pekerja bagi 2027
- 54 peratus majikan tidak merancang menambah bilangan pekerja.
- 40 peratus majikan merancang menambah bilangan pekerja.
- Baki 6 peratus majikan merancang mengurangkan bilangan pekerja.
Rancangan pelarasan gaji
a) Sokongan berterusan untuk Pekerja Bergaji Rendah (LWW):
- 86 peratus majikan merancang menyediakan kenaikan gaji asas bagi LWW pada 2027.
- Baki 14 peratus syarikat merancang membekukan gaji, dan tiada syarikat merancang untuk memotong gaji LWW pada 2027.
b) Syarikat dijangka mengambil pendekatan berjaga-jaga berkaitan kenaikan gaji:
- 51 peratus majikan dijangka melaksanakan kenaikan gaji secara sederhana atau pembekuan gaji.
- 49 peratus majikan merancang kenaikan gaji.

