Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tip untuk warga SG melancong di M'sia

May 26, 2022 | 5:30 AM
MELANCONG KE MALAYSIA: Suruhanjaya Tinggi Singapura di KL dan Konsulat Agung di JB turut menekankan bahawa pelancong perlu pastikan pasport dicop di pusat pemeriksaan Malaysia sebelum masuk dan keluar dari Malaysia. - Foto fail
MELANCONG KE MALAYSIA: Suruhanjaya Tinggi Singapura di KL dan Konsulat Agung di JB turut menekankan bahawa pelancong perlu pastikan pasport dicop di pusat pemeriksaan Malaysia sebelum masuk dan keluar dari Malaysia. - Foto fail -

SURUHANJAYA Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat agung di Johor Bahru telah mengeluarkan beberapa petua untuk warga Singapura yang ingin melancong ke Malaysia menjelang cuti sekolah Jun ini.

Dalam satu catatan di laman Facebook baru-baru ini, mereka berkata pengembara Singapura perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.

Selain itu, sebelum memasuki Malaysia, pengembara perlu melengkapkan Borang Pra-Berlepas Digital (DPDF).

DPDF boleh diperolehi di bawah ikon 'Traveller' pada aplikasi MySejahtera.

DPDF mengandungi butiran yang dianggap sebagai maklumat kesihatan kritikal.

Pengembara mesti melengkapkan DPDF sebelum mendaftar masuk untuk dibenarkan menaiki penerbangan mereka.

Pelancong yang telah divaksin sepenuhnya akan diberikan Kad Pengembara Digital selepas penyerahan DPDF.

Sebelum tiba di Malaysia, pelancong juga perlu mendapatkan sijil vaksinasi Covid-19 digital yang sah.

Pelancong yang tidak divaksin sepenuhnya dikehendaki mengambil ujian pra-berlepas dan semasa ketibaan, dan dikuarantin selama lima hari selepas ketibaan.

Selain daripada petua-petua ini, Suruhanjaya Tinggi Singapura di KL dan Konsulat Agung di JB turut menekankan bahawa pelancong mesti memastikan pasport mereka dicop di pusat pemeriksaan Malaysia sebelum masuk dan keluar dari Malaysia.

"Jangan tinggalkan imigresen Malaysia tanpa cop masuk dan keluar kerana itu akan menjadi kesalahan di bawah Akta Imigresen Malaysia," jelas mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg