Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tipu 9 mangsa lebih $1j kononnya untuk pelaburan: Lelaki dijel 6 tahun 10 bulan

Feb 11, 2021 | 5:30 AM
SATHISH NAIR DHANABALAN: Mengaku bersalah dengan 20 tuduhan, termasuk lapan tuduhan menipu yang melibatkan lebih dari $700,000 secara keseluruhan. Sebanyak 41 lagi tuduhan yang berkaitan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.- Foto BH oleh KELVIN CHNG
SATHISH NAIR DHANABALAN: Mengaku bersalah dengan 20 tuduhan, termasuk lapan tuduhan menipu yang melibatkan lebih dari $700,000 secara keseluruhan. Sebanyak 41 lagi tuduhan yang berkaitan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.- Foto BH oleh KELVIN CHNG -

SEORANG lelaki yang menipu jirannya lebih dari $200,000 untuk pelaburan kononnya dengan Temasek Holdings telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun 10 bulan semalam.

Sathish Nair Dhanabalan, yang kini berusia 36 tahun, telah meyakinkan jirannya, Encik Elanngovan Pillai Munisamy, 56 tahun, agar melabur setiap kali "pulangan tinggi dari pelaburan" itu dijangkakan.

Sebagai sebahagian daripada tipu muslihat itu, yang berlaku dari 2014 hingga 2016, Elanngovan bahkan menerima pesanan teks dan panggilan dari orang yang mengaku sebagai "Ho Ching".

Sathish telah menggunakan pelbagai penipuan pelaburan untuk menipu sembilan mangsa, melibatkan lebih $1 juta.

Pada 2017, dia menggunakan taktik pelaburan serupa kononnya dengan syarikat lain, Barclays Bank untuk menipu tiga mangsa lain - Cik Fadhilah Ibrahim, suaminya, Encik Aniz Sirajudin Shaik Abdullah, dan ibunya, Cik Barakathunisa EA Haliyul Rahiman - lebih daripada $400,000.

Dia kemudian memberi bermacam alasan apabila mereka mahu wang mereka dikembalikan.

Sathish juga memalsukan dokumen daripada pertubuhan seperti agensi kerajaan untuk menunjukkan mengapa mangsa-mangsanya tidak dapat mengembalikan wang mereka.

Pada Ogos 2017, dia mencuri empat cek bapanya dan memalsukan tanda tangannya.

Dia kemudian menyerahkan dua daripadanya kepada Encik Aniz, dan kepada Cik Fadhilah dan Puan Barakathunisa. Setiap cek bernilai $150,000.

Walau bagaimanapun, ia 'cek tendang' kerana dana dalam akaun bank tidak mencukupi.

Mahkamah diberitahu bahawa Sathish menggunakan kaedah serupa untuk menipu mangsa yang lain.

Dia mengaku bersalah semalam dengan 20 tuduhan, termasuk lapan tuduhan menipu yang melibatkan lebih dari $ 700,000 secara keseluruhan.

Sebanyak 41 lagi tuduhan yang berkaitan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg