Topik diikuti
Pergi ke BHkuTipu kontrak $1.8j: Jel bagi bekas jurutera RSAF

Jul 28, 2018 | 5:30 AM
Tipu kontrak $1.8j: Jel bagi bekas jurutera RSAF
SEORANG bekas jurutera Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) semalam dijatuhi hukuman penjara dua tahun, satu bulan dan enam minggu kerana menipu pemerintah melibatkan kontrak bernilai lebih $1.8 juta.
Rajkumar Padmanathan, 49 tahun, mengaku bersalah pada 9 Mei lalu atas 19 tuduhan menipu melibatkan lebih $150,000. Lagi 198 tuduhan menipu membabitkan baki jumlah diambil kira semasa hukuman dijatuhkan. Dia juga mengakui salah atas satu tuduhan rasuah dan lapan kesalahan yang melibatkan Akta Rahsia Rasmi (OSA).