Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tipu peperiksaan: Enam tarik balik permohonan jadi peguam

Aug 16, 2022 | 5:30 AM
908502f6-ccc3-4529-abbf-83af3e488aa4
-

ENAM bakal peguam yang menipu dalam peperiksaan Bar dua tahun lalu dibenarkan semalam untuk menarik balik permohonan mereka untuk dipanggil ke Bar.

Mereka ialah Cik Monisha Devaraj, Encik Kushal Atul Shah, Encik Sreeraam Ravenderan, Cik Lynn Kuek Yi Ting, Encik Matthew Chow Jun Feng dan Encik Lionel Wong Choong Yoong.

Mereka dihadapkan ke Hakim Choo Han Teck, yang pada April lalu menangguhkan permohonan kemasukan mereka selama enam bulan ke setahun.

Peguam masing-masing mereka berkata mereka menyedari bahawa tempoh penangguhan itu tidak akan mencukupi untuk mereka menunjukkan bahawa mereka layak dan wajar diterima sebagai peguam, lapor akhbar The Straits Times.

Peguam kanan, Encik N. Sreenivasan, yang mewakili tiga daripada mereka, berkata mereka mengambil panduan dari keputusan Ketua Hakim Sundaresh Menon dalam kes Encik Leon Tay Quan Li.

Pada Mei lalu, Ketua Hakim Menon membenarkan Encik Tay menarik balik permohonannya untuk dipanggil ke Bar, dengan syarat beliau tidak membuat permohonan baru bagi kemasukan ke Bar di Singapura atau di tempat lain bagi sekurang-kurangnya lima tahun.

Encik Sreenivasan berkata kliennya tidak akan membuat sebarang permohonan baru tanpa renungan mendalam dan dipertimbangkan. Beliau juga memberitahu Hakim Choo bahawa empat kes lain akan ditangani lewat bulan ini.

Peguam, Encik Low Chai Chong, yang mewakili Encik Chow, bersetuju dengan sentimen demikian, mengatakan bahawa kliennya menerima bahawa tempoh sekarang hingga November terlalu singkat baginya untuk tebus kesilapan dirinya.

Keenam-enam mereka adalah antara 11 bakal peguam yang menipu dalam Bahagian B peperiksaan Bar, yang diadakan dalam talian pada akhir 2020.

Cik Monisha, Encik Shah, Encik Sreeraam, Encik Chow dan Encik Wong telah berkongsi jawapan dalam enam kertas menerusi WhatsApp.

Cik Kuek menafikan bahawa beliau menipu tetapi Institut Pendidikan Guaman Singapura (Sile) menolak penjelasannya dan mendapati beliau berpakat sulit dengan lagi satu calon dan menipu dalam tiga kertas.

Lima daripada mereka itu perlu mengambil semula enam kertas tersebut, sementara Cik Kuek perlu mengambil semula seluruh kursus.

Permohonan bagi yang lima itu ditangguhkan selama enam bulan, sementara bagi Cik Kuek, buat setahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg