Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tipu peperiksaan peringkat 'O': Notis merah Interpol terhadap bekas pengetua

Jan 29, 2023 | 5:30 AM
JADI BURUAN: Notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap bekas pengetua yang lesap, Poh Yuan Nie, yang dijatuhi hukuman penjara empat tahun bagi beberapa kesalahan menipu dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' pada 2016. - Foto INTERPOL
JADI BURUAN: Notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap bekas pengetua yang lesap, Poh Yuan Nie, yang dijatuhi hukuman penjara empat tahun bagi beberapa kesalahan menipu dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' pada 2016. - Foto INTERPOL -

SATU notis merah Interpol telah dikeluarkan terhadap bekas pengetua yang lesap, Poh Yuan Nie, yang dijatuhi hukuman penjara empat tahun bagi beberapa kesalahan menipu dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' pada 2016.

Waran tangkapan juga telah dikeluarkan, kata polis dalam satu kenyataan Khamis lalu.

Ia menambah bahawa polis telah meminta maklumat tentang keberadaan bekas pengetua berusia 57 tahun itu.

Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi talian polis di 1800-255-0000, atau +65 6255-0000 bagi panggilan dari luar negara, atau salurkan ke laman www.police.gov.sg/i-witness.

Polis berkata:

"Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan. Polis ingin mengingatkan orang ramai bahawa memberi perlindungan kepada orang yang diburu adalah satu kesalahan serius dan hukuman penjara serta denda boleh dikenakan."

Pada 23 November lalu, satu waran tangkapan telah dikeluarkan selepas Poh gagal hadir di mahkamah untuk memulakan tempoh hukuman penjaranya.

Bekas pengetua di sebuah pusat pendidikan itu telah dijatuhi hukuman penjara empat tahun atas 27 kesalahan menipu melibatkan calon-calon peperiksaan GCE peringkat 'O'.

Pada 22 Disember lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Encik Louis Ngia, telah memohon kepada mahkamah supaya waran tangkapan dikeluarkan di luar bidang kuasa Singapura.

Menurut laman Interpol, notis merah merupakan permintaan kepada pihak berkuasa undang-undang serata dunia untuk menjejak dan memberkas seseorang sementara menantikan proses diekstradisi, diserahkan, atau tindakan undang-undang lain.

Pada 2020, Poh, yang juga dikenali sebagai Pony, dan anak saudaranya, Fiona Poh Min, masing-masing didapati bersalah atas 27 kesalahan bersubahat menipu.

Poh kemudian dijatuhi hukuman penjara tiga tahun.

Pihak pendakwa raya berkata Poh dibayar $8,000 setiap pelajar bagi tuisyen untuk mereka lulus peperiksaan GCE peringkat 'O' dan masuk ke politeknik setempat.

Poh dan anak saudaranya dibantu tenaga pengajar, termasuk Tan Jia Yan.

Beberapa kali pada Oktober 2016, mereka melakukan kesalahan menipu seperti melekatkan alat komunikasi kepada tubuh pelajar apabila mereka menduduki peperiksaan.

Tan yang pada ketika itu berusia 34 tahun, dipenjara tiga tahun pada 2019 atas peranannya dalam penipuan semasa peperiksaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg