SEORANG bekas pengawal keselamatan berusia 50 tahun yang dikaitkan dengan penipuan SkillsFuture berjumlah $39.9 juta telah dikenakan hukuman.

Nathan Muniandy, seorang warga Malaysia, telah mengubah wang $3.15 juta secara haram, hasil daripada menipu SkillsFuture Singapura (SSG), lembaga berkanun yang ditubuhkan untuk mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat.