Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tokoh agama setempat, Ustaz Jakfar Embek meninggal dunia

Aug 5, 2024 | 12:48 AM
Ustaz Jakfar Embek. Gambar ini diambil pada 2021.
Ustaz Jakfar Embek. Gambar ini diambil pada 2021. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Tokoh agama yang dihormati, Ustaz Mohammad Jakfar Embek meninggal dunia pada 4 Ogos 2024.

Beliau yang berusia 65 tahun, menghembus nafas terakhir sekitar 9.30 malam di Hospital Besar Changi (CGH) akibat pendarahan di otak.

Dalam kiriman di Facebook, Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas)  berkata pemergian beliau adalah satu ‘kehilangan besar’ bagi masyarakat Muslim.

Berita pemergian Allahyarham itu dikhabarkan kurang sehari selepas Pergas mengumumkan Allahyarham dimasukkan ke CHG selepas rebah di Darul Arqam.

Ustaz Jakfar turut dikenali sebagai pengasas dan pengarah Madani Insitutute PL. Beliau juga pemilik dan konsultan, Genetic Intelligence Profiling Singapura dan Asia Pasifik.

Semasa hayatnya, anak sulung dalam dua beradik itu juga kerap menyumbang artikel kepada Berita Harian dan Berita Minggu.

Kiriman takziah daripada asatizah, kenalan dan rakyat Singapura lain telah mula diterbitkan di media sosial. Mereka yang mengenalinya menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berjiwa masyarakat dan intelektual.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg