Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tokoh perbankan Bahren Shaari Jauhari 2018

Oct 31, 2018 | 8:30 PM
RENDAH HATI: Usah gigih dan tekad untuk berjaya adalah kunci kejayaannya, kata Encik Bahren Shaari, yang dipilih sebagai pemenang Anugerah Jauhari Berita Harian 2018.
RENDAH HATI: Usah gigih dan tekad untuk berjaya adalah kunci kejayaannya, kata Encik Bahren Shaari, yang dipilih sebagai pemenang Anugerah Jauhari Berita Harian 2018. - Chong Jun Liang

TOKOH perbankan Encik Bahren Shaari, ialah Anugerah Jauhari Berita Harian 2018.

Encik Bahren, 56 tahun, ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore - jawatan yang didukungnya sejak 2015 - dan kini memimpin hampir 1,700 kakitangan di Singapura dan lima negara di Asia, Timur Tengah dan Eropah.

Melebihi pencapaiannya dalam bidang perbankan, Encik Bahren dipilih sebagai pemenang Anugerah Jauhari Berita Harian 2018 kerana jasanya kepada masyarakat Melayu Islam dan Singapura.

Beliau seorang sukarelawan aktif dan adalah anggota berselang Majlis Penasihat Presiden (CPA). Pada 2008, Encik Bahren dianugerahkan Pingat Bakti Masyarakat oleh Presiden Singapura.

Editor Berita Harian Encik Saat A. Rahman berkata: "Pencapaian Bahren yang cemerlang dalam sektor perbankan privet, mengendalikan urusan klien berpengaruh, amat memberi inspirasi. Melebihi itu, keperluan masyarakat juga sentiasa di mindanya, dan beliau memberi sumbangan secara aktif kepada pelbagai pertubuhan. Latar belakangnya, dari keluarga yang sederhana, menjadikan beliau tokoh contoh yang layak, bukan sahaja bagi masyarakat Melayu Islam, malah kepada semua warga Singapura."

Bercakap kepada wartawan di sidang media sebelum majlis anugerah itu, Encik Bahren berkata beliau menerima anugerah itu dengan rendah hati dan berharap dapat terus memberi sumbangan dalam dunia korporat dan kepada masyarakat.

"Jika saya boleh menyentuh dan mengubah hidup orang lain... itulah yang sebaik-baiknya. "Saya menjadi orang yang amat bahagia jika saya boleh membantu orang, dengan apa cara sekalipun," kata Encik Sahren.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg