Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kanak-kanak hingga 6 tahun akan dapat tokokan $200 Akaun Pembangunan Anak

Sep 6, 2022 | 5:30 AM
RINGANKAN PERBELANJAAN KELUARGA: Dana dalam CDA boleh digunakan untuk membayar perbelanjaan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak atau adik-beradiknya di institusi yang diluluskan. Ini termasuk tajaka, tadika, sekolah pendidikan khas, penyedia program campur tangan awal, pembekal alat teknologi bantuan, hospital, klinik, farmasi dan kedai cermin mata. - Foto fail
RINGANKAN PERBELANJAAN KELUARGA: Dana dalam CDA boleh digunakan untuk membayar perbelanjaan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak atau adik-beradiknya di institusi yang diluluskan. Ini termasuk tajaka, tadika, sekolah pendidikan khas, penyedia program campur tangan awal, pembekal alat teknologi bantuan, hospital, klinik, farmasi dan kedai cermin mata. - Foto fail -

SEKITAR 230,000 kanak-kanak warga Singapura berusia hingga enam tahun akan menerima $200 dalam Akaun Pembangunan Anak (CDA) mereka mulai lusa.

Jumlah itu akan dimasukkan terus ke dalam CDA kanak-kanak itu mulai 8 September atau selepas CDA mereka dibuka, bergantung mana lebih kemudian, kata Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam satu kenyataan media semalam.

Ibu bapa yang belum membuka CDA perlu berbuat demikian selewat-lewatnya pada 30 Jun tahun depan untuk anak-anak mereka menerima tokokan itu.

Tokokan CDA sebahagian daripada Pakej Sokongan Isi Rumah yang diumum semasa Belanjawan 2022 untuk memberi keluarga sokongan tambahan bagi perbelanjaan membesarkan anak mereka.

Dana dalam CDA boleh digunakan untuk membayar perbelanjaan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak atau adik-beradiknya di institusi yang diluluskan.

Ini termasuk tajaka, tadika, sekolah pendidikan khas, penyedia program campur tangan awal, pembekal alat teknologi bantuan, hospital, klinik, farmasi dan kedai cermin mata.

Pemegang amanah CDA akan dimaklumkan melalui SMS, e-mel atau surat selepas tokokan CDA itu dimasukkan. Ibu bapa boleh melihat baki jumlah CDA anak mereka dengan memeriksa kenyataan CDA bulanan bank mereka.

Untuk melindungi daripada penipuan, MSF dan MOF berkata pemberitahuan SMS kepada pemegang amanah CDA hanya akan dihantar daripada ID SMS "MSF".

Pemberitahuan akan hanya mengandungi maklumat tentang status tokokan selepas ia dimasukkan ke dalam CDA kanak-kanak itu.

Pemegang amanah CDA tidak akan diminta membalas SMS tersebut, klik sembarang pautan atau memberi sebarang maklumat kepada pengirim.

Mesej tentang tokokan CDA itu tidak akan dihantar melalui WhatsApp atau wadah pengiriman mesej aplikasi mudah alih lain.

Kanak-kanak warga Singapura berumur tujuh hingga 20 tahun tahun ini sudah pun menerima tokokan $200 satu kali ke akaun Edusave atau Akaun Pendidikan Posmenengah mereka pada Mei.

TOKOKAN CDA PAKEJ SOKONGAN ISI RUMAH

- Jumlah $200.

- Diberi kepada kanak-kanak berusia hingga enam tahun.

- Dimasukkan langsung ke dalam Akaun Pembangunan Anak (CDA) mulai 8 Sep.

- Ibu bapa belum membuka CDA perlu berbuat demikian selewat-lewatnya pada 30 Jun tahun depan untuk anak mereka menerima tokokan itu.

- Wang dalam CDA boleh digunakan untuk bayar perbelanjaan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak atau adik-beradiknya di institusi diluluskan.

Ini termasuk tajaka, tadika, sekolah pendidikan khas, penyedia program campur tangan awal, pembekal alat teknologi bantuan, hospital, klinik, farmasi dan kedai cermin mata.

- Pemegang amanah CDA akan dimaklum melalui SMS, e-mel atau surat lepas tokokan itu dimasukkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg