Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tokokan kredit SkillsFuture $4,000 bagi sokong pekerja pertengahan kerjaya

Feb 16, 2024 | 4:34 PM
Rakyat Singapura berusia 40 tahun dan ke atas bakal menerima tokokan sebanyak $4,000 ke dalam Kredit SkillFuture (Pertengahan Kerjaya) bermula Mei 2024. 
Rakyat Singapura berusia 40 tahun dan ke atas bakal menerima tokokan sebanyak $4,000 ke dalam Kredit SkillFuture (Pertengahan Kerjaya) bermula Mei 2024.  - Foto MOF

Rakyat Singapura berusia 40 tahun dan ke atas bakal menerima tokokan sebanyak $4,000 ke dalam Kredit SkillsFuture (Pertengahan Kerjaya) bermula Mei 2024. 

Ini merupakan sebahagian daripada Program Peningkatan SkillsFuture yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong semasa membentang Belanjawan 2024 pada 16 Februari.

Tokokan nilai kredit ini dapat digunakan untuk kursus latihan bagi industri pekerjaan terpilih yang mempunyai kebolehpasaran yang baik. 

Sejajar dengan itu, bagi menyokong pekerja setempat dalam mempertingkatkan kemahiran mereka, pemerintah juga akan menyediakan elaun latihan untuk rakyat Singapura di bawah  Elaun Latihan Pertengahan Kerjaya SkillsFuture. 

Elaun latihan yang akan diberikan ini bersamaan dengan 50 peratus daripada purata pendapatan individu sepanjang tempoh 12 bulan terkini, dan dihadkan pada $3,000 sebulan.

Setiap individu boleh menerima sehingga 24 bulan elaun latihan sepanjang hayat mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg