Premium
Tol naik: Orang naik bas pula makin ramai
Masa tunggu bas di CIQ lebih lama, antara 45 dengan 60 minit
Sep 19, 2014 | 5:30 AM
SESAK DENGAN PENUMPANG: Lebih ramai orang menaiki bas untuk ke Johor Bahru sejak kerajaan Malaysia menaikkan kadar tol di CIQ Johor Bahru. - Foto KHALID BABA -
SEJAK tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru dinaikkan bulan lalu, kesesakan di perhentian bas di Koswe juga dikatakan bertambah teruk dengan waktu sibuk yang lebih lama.
Apakan tidak, sesetengah orang yang sebelum ini menaiki kenderaan sendiri berulang-alik antara Singapura dengan Johor Bahru kini menggunakan bas pula bagi mengelak daripada membayar tol yang lebih tinggi itu.

