Tong gas di tempat letak kereta sebelah CC Bishan tidak timbul curiga
Tong gas di tempat letak kereta sebelah CC Bishan tidak timbul curiga
Tong gas di tempat letak kereta sebelah CC Bishan tidak timbul curiga
Eksperimen sosial kedua melibatkan sebuah kereta yang mempunyai tong gas kosong di tempat letak kereta bersebelahan Kelab Masyarakat (CC) Bishan pada 13 Jun.
Ia dijalankan dalam dua peringkat pada waktu sibuk makan tengah hari dan makan malam.
Setiap peringkat berlangsung selama dua setengah jam.
Semasa peringkat pertama, dari 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang, kereta yang kelihatan mencurigakan itu diletakkan secara sebarangan di sebelah laluan terlindung yang menghubungkan Kelab Masyarakat Bishan dengan Blok 197, Bishan Street 13.
Semasa peringkat kedua pula, dari 5 petang hingga 7.30 malam, silinder gas itu diletakkan dengan jelas terkeluar dari but kereta, di samping asap dikeluarkan dari but kereta secara berkala.
Dalam eksperimen itu, dalam kalangan 927 orang yang melintasi kereta itu, hanya 253 orang (26 peratus) yang sedar tentang bahayanya.
Dalam pada itu, hanya enam orang (2.3 peratus) yang memberitahu orang lain; tujuh orang (2.8 peratus) yang mengambil gambar atau video; dan 20 orang (7.9 peratus) yang membuat laporan.

