Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tong lut sinar dirintis galak warga kitar dengan betul

Nov 16, 2021 | 5:30 AM
TONG KITAR SEMULA LUT SINAR: Salah satu projek rintis akan mengukur keberkesanan pengumpulan bahan kitar semula yang diasingkan berbanding dengan barangan kitar semula yang digabung. - Foto KEMENTERIAN KEMAMPANAN DAN SEKITARAN
TONG KITAR SEMULA LUT SINAR: Salah satu projek rintis akan mengukur keberkesanan pengumpulan bahan kitar semula yang diasingkan berbanding dengan barangan kitar semula yang digabung. - Foto KEMENTERIAN KEMAMPANAN DAN SEKITARAN -

TONG kitar semula yang isinya mudah dilihat dari luar (lut sinar) diperkenalkan bagi menggalak amalan mengitar semula dengan betul.

Usaha itu dirintis Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Matlamatnya ialah untuk meninjau jika reka bentuk tong lut sinar itu mempunyai kesan dalam mengurangkan kadar pencemaran bahan kitar semula dalam tong sampah biru khusus bagi bahan sisa yang boleh dikitar semula.

Menjelaskan dalam satu kenyataan bersama semalam, MSE dan NEA berkata dua usaha rintis itu akan dilaksanakan secara serentak di blok-blok HDB terpilih di Hong Kah North dan kawasan undi East Coast selama lapan minggu, bermula kelmarin hingga 9 Januari ini.

Satu usaha rintis itu bertujuan menilai keberkesanan tong lut sinar berbanding tong kitar semula berwarna biru yang biasa.

Usaha rintis yang kedua pula akan menilai keberkesanan pengumpulan bahan-bahan kitar semula secara berasingan atau sebaliknya.

Kedua-dua usaha itu dilancarkan kelmarin oleh Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, semasa acara Hong Kah North Environment Drive 2021.

Tong kitar semula lut sinar itu adalah susulan kepada maklum balas Kumpulan Kerja Warga #RecycleRight yang ditubuhkan MSE pada 2019.

Kumpulan yang merangkumi 40 individu daripada latar belakang berbeza itu dibentuk untuk memikirkan cara Singapura boleh mempertingkat cara keluarga di sini mengitar semula.

Ia telah mengetengahkan sembilan saranan yang diserahkan kepada MSE.

Kementerian itu kemudian mengenal pasti empat projek untuk dirintis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg