Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trafik dijangka sesak di pusat pemeriksaan pada cuti sekolah

Nov 15, 2023 | 8:16 PM
CUTI SEKOLAH: Kesesakan trafik dijangka di pusat pemeriksaan  Woodlands dan Tuas pada cuti sekolah dari 16 November 2023 hingga 2 Januari 2024.
CUTI SEKOLAH: Kesesakan trafik dijangka di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada cuti sekolah dari 16 November 2023 hingga 2 Januari 2024. - Foto ST

Kesesakan trafik dijangka berlaku di kededua pusat pemeriksaan – Woodlands dan Tuas – pada cuti sekolah dari 16 November 2023 hingga 2 Januari 2024.

Semasa hujung minggu panjang Deepavali pada 10-13 November lalu, terdapat lebih 1.53 juta lintasan melalui dua pusat pemeriksaan itu, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ini melebihi jumlah pengguna yang melepasi imigresen semasa hujung minggu panjang sempena Hari Pekerja dan Hari Vesak 2023.

Dengan perkembangan yang berlaku di Timur Tengah, ICA telah meningkatkan langkah keselamatan di pusat-pusat pemeriksaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya menambah tempoh masa untuk menunggu dan melalui imigresen, terutama pada hujung minggu.

ICA turut menggesa pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya, menjaga disiplin lorong dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi.

Pelancong yang menggunakan pusat pemeriksaan dinasihati supaya tidak memakai artikel pakaian berkaitan konflik Israel-Hamas, memandangkan peningkatan sensitiviti.

Melainkan pengecualian secara nyata, paparan awam lambang warga asing tanpa permit adalah satu kesalahan di bawah Akta Lambang Negara Asing (Kawalan Paparan) 1949.

Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang enggan mematuhinya, termasuk menafikan kemasukan mereka ke Singapura.

Sebelum memulakan perjalanan, pemandu juga dinasihatkan supaya memantau keadaan trafik menerusi laman web One Motoring oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau Sistem Pengawasan dan Maklumat Ekspreswe yang terletak di BKE dan AYE.

Pemandu juga boleh mendapatkan maklumat keadaan trafik terkini yang disiarkan di akaun Facebook dan Twitter ICA, serta stesen radio tempatan Money 89.3, One 91.3, Kiss92, Hao 96.3, dan UFM 100.3.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg