Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Transformasi industri aeroangkasa bernilai $4b dilancar, hasil 1,000 pekerjaan baru jelang 2020

Jan 17, 2018 | 6:55 PM
-

PERANCANGAN Perubahan Industri (ITM) aeroangkasa yang dijangka mencapai tambah nilai perkilangan sebanyak $4 bilion di samping menghasilkan 1,000 pekerjaan baru menjelang 2020, dilancarkan hari ini oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan), Encik S Iswaran.

Bagi menyiapkan Singapura memanfaatkan peluang pertumbuhan, ITM itu telah mengenal pasti tiga teras iaitu mencapai kecemerlangan dalam operasi; menerajui inovasi dalam teknologi baru dan menyiapkan warga Singapura dengan kemahiran yang relevan.

Bagi menyediakan warga Singapura dengan kemahiran yang diperlukan supaya dapat melakukan skop pekerjaan baru dan peluang pekerjaan, satu Rangka Kerja Kemahiran bagi Aeroangkasa juga dilancarkan hari ini, menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Dibangunkan bersama oleh SkillsFuture Singapore (SSG), Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan EDB berserta maklum balas daripada industri berkaitan, kesatuan sekerja serta institusi pendidikan dan latihan, Rangka Kerja Kemahiran itu akan membolehkan individu meneroka peluang pertumbuhan atau pekerjaan dalam sektor itu yang merangkumi 86 jenis pekerjaan.

Ini termasuk pekerjaan dalam sektor Penyenggaraan Pesawat, Penyenggaraan Armada, Penyenggaraan Komponen dan Enjin Pesawat serta Pengilangan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg