Premium
Trek baru tandai habitat Pulau St John's
Sep 3, 2017 | 5:30 AM

PAMAREN BARU: Pengunjung di Galeri Awam Taman Laut Sisters' Island di Pulau St John's menyaksikan tangki khas yang memelihara hidupan liar yang hidup di kawasan bakau. - Foto THE STRAITS TIMES -
LEMBAGA Taman Negara (NParks) terus berusaha mempertingkatkan tarikan semula jadi di Pulau St John's yang indah, dengan melancarkan jejak sepanjang 2.8 km yang menandakan sejarahnya, habitat semula jadi dan kepelbagaian hayat yang luas.
Jejak dan beberapa ciri lain itu dilancarkan semalam oleh Menteri Kedua Pembangunan Negara merangkap Hal Ehwal Dalam Negeri Desmond Lee.

