Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tren MRT dihenti di stesen City Hall selepas ‘asap’ penuhi kabin

Sep 8, 2023 | 3:14 PM
‘ASAP’ DARI SISTEM PENYAMAN UDARA: Penumpang tren  diarah turun sebagai langkah keselamatan dan dinasihati menaiki tren susulan.
‘ASAP’ DARI SISTEM PENYAMAN UDARA: Penumpang tren diarah turun sebagai langkah keselamatan dan dinasihati menaiki tren susulan. - Foto TANGKAPAN SKRIN SGFOLLOWSALL / INSTAGRAM

Penumpang yang menaiki kereta api menuju ke timur Singapura terpaksa turun di stesen MRT City Hall pada malam 7 September selepas kabin tren itu dipenuhi asap putih.

Asap tersebut disebabkan kebocoran gas penyejuk sistem penyaman udara kereta api generasi pertama itu, yang telah beroperasi sejak 1987, kata Presiden SMRT Trains, Encik Lam Sheau Kai, ketika menjawab pertanyaan The Straits Times.

Kejadian itu berlaku sekitar 9.50 malam dan tren yang terjejas telah dihentikan daripada perkhidmatan susulan kejadian tersebut.

Memohon maaf atas gangguan itu, Encik Lam berkata penumpang diarah turun sebagai langkah berjaga-jaga dan dinasihatkan menaiki tren berikutnya.

“Kakitangan kami tidak menerima sebarang laporan mengenai penumpang yang memerlukan rawatan perubatan,” kata beliau sambil menambah, perkhidmatan tren telah diteruskan seperti biasa selepas itu.

Rakaman kejadian itu dimuat naik ke dalam talian, dengan satu video di media sosial menunjukkan penumpang menutup mulut dan hidung sedang asap menyelubungi kabin tren.

Klip video sepanjang 33 saat itu juga menunjukkan seorang kakitangan SMRT Trains memeriksa setiap kabin sedang penumpang keluar dari tren itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg