HADY Mirza sekali lagi mendapat perhatian, tetapi kali ini bukan beliau seorang - kisah isterinya, Cik Nurjannah Nur Wahid, turut menawan hati pembaca Berita Harian (BH) baru-baru ini.

Cik Nurjannah yang diibaratkan seperti tulang belakang persembahan Hady di pentas Gegar Veganza (GV) mendedahkan beliau dahulu tidak tahu suaminya itu seorang penyanyi cukup terkenal.