TRIBUNAL tatatertib telah menolak aduan yang dibawa oleh bekas pembantu rumah Parti Liyani, yang mendakwa bahawa kedua-dua pendakwa raya yang menjalankan perbicaraannya telah mencipta tanggapan palsu bahawa pemain DVD "berfungsi sepenuhnya".

Dalam alasan keputusan bertarikh 10 Mac, tribunal dua anggota itu berkata ia mendapati tiada sebab berat yang mencukupi untuk tindakan tatatertib terhadap Cik Tan Yanying dan Encik Tan Wee Hao di bawah Akta Profesion Undang-undang.

Tribunal itu juga mendapati bahawa demonstrasi pendakwa raya terhadap pemain DVD semasa perbicaraan dijalankan secara terbuka dan adil.

Namun, tribunal itu menambah, jika boleh diputarkan semula masa, lebih banyak perkara boleh dilakukan semasa perbicaraan untuk memastikan keadaan peranti itu, yang boleh merakam dan memainkan video tetapi tidak boleh memainkan DVD.

Tribunal itu, yang terdiri daripada Hakim Kanan Chao Hick Tin dan peguam kanan Patrick Ang, tidak membuat sebarang perintah mengenai kos, yang biasanya diberikan kepada pihak yang kalah dalam kes sedemikian. - The Straits Times