Topic followed successfully
Go to BHkuProjek korban 3-dalam-1 bantu 3 golongan
Projek korban 3-dalam-1 bantu 3 golongan
Projek korban 3-dalam-1 bantu 3 golongan
SIFAT membantu warga miskin dan yang memerlukan di luar dan dalam negara terus diterap dalam misi perjuangan badan tidak meraih keuntungan, True Hearts.sg.
Pada tahun lalu, badan ini telah mengagihkan habuan korban kepada 790 keluarga fakir miskin dan rumah anak-anak yatim di Indonesia, di kawasan Medan dan Banyuwangi serta di India.
Tidak lupa juga di Singapura, True Hearts.sg. telah mengagihkan kepada 160 keluarga fakir miskin dan anak-anak yatim, daging korban yang diterbangkan ke Singapura dari Australia. Namun, kini bilangan tersebut sudah meningkat kepada 250 keluarga yang memohon untuk mendapatkan agihan daging korban dan catuan makanan yang disediakan dalam projeknya, 'Share Your Food'.
"Alhamdulillah, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudah mendaftar dengan True Hearts.sg untuk melaksanakan ibadah korban mereka. Akan tetapi kami masih lagi memerlukan sokongan daripada masyarakat Singapura. Maka itu, kami memohon kepada masyarakat Islam di sini agar terus menyokong projek 'Ibadah Korban 3-dalam-1 True Hearts.sg' kerana sebahagian daripada wang itu akan disalurkan kepada Projek 'Share Your Food' dan 'Write Bright Future,' jelas Presiden persatuan True Hearts.sg, Dr Mohamad Yusof Sa'ad.
Beliau turut menambah, keluarga susah di luar negara amat mengharapkan sumbangan dan bantuan makanan dan keperluan asas lain daripada masyarakat di sini.
"Anak-anak yatim dan keluarga fakir miskin di Indonesia dan India hanya dapat menikmati daging ibadah korban tidak kurang hanya setahun sekali iaitu pada setiap 10 Zhulhijah iaitu pada Hari Raya Aidiladha. Setiap kali True Hearts.sg melaksanakan ibadah korban di kampung halaman mereka, mereka berasa amat gembira terutama di rumah anak-anak yatim, dan bersyukur serta berterima kasih kepada masyarakat Singapura yang sudi melaksanakan ibadah korban di perkampungan mereka," katanya lagi.
HULUR SUMBANGAN
Hulur sumbangan ikhlas anda melalui:
- Perbankan Internet: Maybank Singapura: 04041087574.
- Cek atas nama True Hearts.sg.
- PayNow UEN no: T20SS0168C.
- True Hearts.sg juga menyediakan khidmat pengambilan derma atau sumbangan dari rumah. True Hearts.sg terletak di 12 Woodlands Square #02-66, Singapura 737715.
- Layari www.trueheartssg.org untuk derma dalam talian, atau hubungi talian badan ini di 8882-5322 untuk perincian lanjut.

