TTSH bakal terima semula pesakit

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TTSH bakal terima semula pesakit

May 17, 2021 | 11:04 PM

TTSH bakal terima semula pesakit

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TTSH bakal terima semula pesakit mulai esok. - Foto LIM YAOHUI
TTSH bakal terima semula pesakit mulai esok. - Foto LIM YAOHUI -

HOSPITAL Tan Tock Seng (TTSH) akan menerima semula pesakit mulai esok (Selasa, 18 Mei), hampir dua minggu setelah ia berhenti melakukan demikian akibat penularan Covid-19 di hospital itu.

Dalam satu kenyataan, TTSH berkata, enam pusingan ujian bagi semua pesakit dan dua pusingan ujian bagi semua 12,000 kakitangannya telah selesai dan keputusan swab semuanya negatif.

"Ini memberi kami jaminan tambahan bahawa langkah-langkah pembendungan adalah ketat, dan proses kami telah dijalankan di seluruh hospital," kata TTSH.

Kemasukan akan disambung mulai 8 pagi esok.

Sebagai permulaan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menghantar kes ambulans yang mendesak ke Jabatan Kecemasan TTSH dari 8 pagi hingga 8 malam setiap hari. TTSH juga akan mengambil pendekatan tiga serampang untuk memastikan bahawa pesakit dan kakitangan dilindungi.

Semua pesakit yang dimasukkan akan diswab pada waktu masuk, mengikut jadual sepanjang mereka dirawat di sana dan sebelum mereka dibenarkan pulang.

Semua pesakit juga perlu memakai pelitup jika kondisi mereka membenarkan hal tersebut.

Pesakit yang mengalami simptom jangkitan pernafasan akut juga akan diuji.

Sekatan pelawat akan diteruskan, kata TTSH.

Selama dua minggu mendatang, hospital itu akan membenarkan satu pelawat yang didaftar bagi setiap pesakit, dengan had satu lawatan setiap hari selama 30 minit.

Pelawat mesti memakai pelitup pada setiap masa dan tidak boleh makan atau minum sepanjang lawatan mereka ke wad. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg