TTSH perkukuh pertahanan, tidak dapat hapus semua risiko

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TTSH perkukuh pertahanan, tidak dapat hapus semua risiko

May 19, 2021 | 5:30 AM

TTSH perkukuh pertahanan, tidak dapat hapus semua risiko

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DIBUKA SEMULA: Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dibuka semula secara berperingkat setelah tiada lagi kes baru dalam kelompoknya. - Foto BH oleh JASON QUAH
DIBUKA SEMULA: Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dibuka semula secara berperingkat setelah tiada lagi kes baru dalam kelompoknya. - Foto BH oleh JASON QUAH -

SEDANG Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dibuka semula secara berperingkat untuk menerima pesakit semalam, pihak hospital berkata ia telah mengukuhkan pertahanan namun mengakui ia tidak akan dapat menghapuskan semua risiko.

"Risiko terhadap pekerja penjagaan kesihatan barisan hadapan kami terus nyata dan ada," kata hospital itu dalam satu kiriman di Facebook pagi semalam.

"Walaupun dengan pemantauan dan pengujian agresif, kami dapat mengurangkan tetapi tidak dapat menghilangkan semua risiko."

Menyusuli lonjakan kes masyarakat Covid-19 di TTSH, hospital itu berkata ia telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk membendung kelompok itu - yang mempunyai 46 kes hingga kelmarin - bagi melindungi pesakit dan kakitangan daripada wabak tersebut.

Hospital itu menambah bahawa ia akan meningkatkan sokongan bagi penularan masyarakat yang berterusan.

Kelmarin, TTSH mengumumkan langkah menyambung kemasukan pesakit dua minggu setelah ia berhenti menerima pesakit disebabkan oleh kelompok Covid-19.

"Kes pendedahan terakhir di wad kami adalah lebih dua minggu lalu," kata hospital itu kelmarin.

Sejak itu, kes-kes yang dilaporkan sudah berada di bawah pengawasan aktif dalam pengasingan di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) atau dalam kuarantin.

TTSH telah menyelesaikan enam pusingan ujian ke atas semua pesakit dan dua pusingan ke atas kesemua 12,000 kakitangan di kampus.

Di TTSH pagi semalam, jururawat dilihat memakai peralatan perlindungan peribadi penuh dan pelitup N95.

Apabila The Straits Times mengunjungi unit kemalangan dan kecemasan, terdapat sekitar lima orang di kawasan menunggu di luar. Tiada barisan orang beratur dilihat di kios pendaftaran pesakit.

Bagi dua minggu akan datang, hospital itu akan membenarkan satu pelawat yang telah didaftar bagi setiap pesakit, dengan had satu lawatan sehari selama 30 minit.

Pelawat pesakit yang berada dalam keadaan kritikal dan mereka yang mendapatkan rawatan perubatan di jabatan kecemasan juga dibenarkan.

Cik Lim Hwee San, yang berusia 40-an tahun, berada di hospital itu pagi semalam untuk menemani ibunya yang patah pergelangan tangannya setelah terjatuh.

Ketika ditanya sama ada beliau prihatin tentang kelompok TTSH, Cik Lim berkata:

"Kedua-dua saya dan ibu saya telah divaksin sepenuhnya dan kami tidak melihat kelompok itu berkembang banyak dalam beberapa hari kebelakangan. Saya menganggap hospital ini mesti telah melakukan pemeriksaan yang mencukupi sebelum dibuka."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg