Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TTSH perluas jabatan kecemasan

Sep 25, 2021 | 5:30 AM
TEMPAT SEMENTARA: Kakitangan Hospital Tan Tock Seng menjalankan tugas di sebuah kawasan sementara yang terletak berdekatan jabatan kecemasan hospital tersebut. - Foto BH oleh LIM YAOHUI
TEMPAT SEMENTARA: Kakitangan Hospital Tan Tock Seng menjalankan tugas di sebuah kawasan sementara yang terletak berdekatan jabatan kecemasan hospital tersebut. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

HOSPITAL Tan Tock Seng (TTSH) telah memperluas jabatan kecemasannya bagi menampung lebih ramai pesakit, sedang kes harian Covid-19 terus meningkat.

Dalam satu video yang disebar di Facebook kelmarin, kakitangan TTSH yang memakai peralatan perlindungan peribadi dilihat menjalankan tugas di sebuah kawasan menunggu sementara di sebuah bangunan.

Ia juga menunjukkan beberapa pesakit di atas katil hospital yang diletak di kawasan sementara itu.

Menjawab pertanyaan Berita Harian, seorang jurucakap TTSH berkata: "Disebabkan bilangan kes dalam masyarakat melonjak, kawasan itu adalah peluasan jabatan kecemasan untuk menyediakan ruang pemeriksaan lebih besar, sebahagian usaha kami menangani Covid-19 secara selamat."

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut. Isnin lalu, TTSH berkata ia sedang menambah jabatan kecemasan bagi mengadakan lebih banyak ruang pemeriksaan. Ia juga menerbitkan gambar sekumpulan pekerja sedang membuat persiapan untuk mengubah sebahagian tempat letak kereta bagi operasi.

"Minggu lalu sukar. Kami menerima lebih banyak kes Covid-19 yang disyaki dan yang positif menerusi ambulans dan orang yang datang sendiri ke jabatan kecemasan," kata hospital itu di Facebook pada hari sebelumnya.

"Jika keadaan anda bukan satu kecemasan, harap dapatkan bantuan doktor di klinik keluarga atau poliklinik," kata TTSH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg