Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TTSH perluas jabatan kecemasan bagi pemeriksaan Covid-19

Sep 21, 2021 | 1:00 AM
Foto ALPHONSUS CHERN
Foto ALPHONSUS CHERN -

HOSPITAL Tan Tock Seng (TTSH) telah memperluas jabatan kecemasannya bagi mewujudkan lebih banyak ruang bagi pemeriksaan sebagai sebahagian langkah menangani Covid-19.

TTSH, dalam catatan Facebook, pada Isnin malam (20 September) berkata pesakit yang tiba dengan kereta atau teksi ke Pusat Perubatan Geriatrik atau jabatan kecemasan harus akur bahawa separuh tempat meletak kereta berdekatan dengan jabatan kecemasan ditutup.

"Kami memperluas jabatan kecemasan kami bagi mewujudkan lebih banyak ruang pemeriksaan sebagai usaha kami mempertingkat usaha menangani Covid-19," tambah TTSH.

Ia menjelaskan ruang menurunkan penumpang serta ruang meletak kereta yang terhad masih boleh ditemui di tempat meletak kereta.

Pesakit juga boleh meletakkan kenderaan mereka di Blok Utama TTSH atau Carpark A di Sinaran Drive. Kakitangan TTSH akan berada di lokasi bagi menunjukkan arahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg