Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

TTSH tidak terima pengunjung sedang siasatan dijalankan kemungkinan wujud kelompok Covid-19

Apr 29, 2021 | 4:03 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

HOSPITAL Tan Tock Seng (TTSH) tidak akan membenarkan pengunjung masuk ke wadnya sehingga diberitahu kelak, menyusuli kemungkinan terbentuknya kelompok Covid-19 di hospital berkenaan apabila seorang jururawat, seorang doktor dan tiga pesakitnya diuji positif koronavirus.

"Ini adalah langkah yang perlu kami kenalkan bagi mengekang situasi ini dan melindungi pesakit dan kakitangan kami.

"Kami minta maaf seikhlasnya kerana kesukaran yang timbul dan kami mengucapkan terima kasih di atas pemahaman anda," jelas TTSH dalam satu pos Facebook pada Khamis (29 April).

Seorang jururawat Filipina disahkan sebagai salah satu daripada tiga jangkitan Covid-19 baru dalam masyarakat pada Rabu (28 April) sementara empat yang lain didapati positif Covid-19 dalam ujian awal.

Jururawat ini ditugaskan ke wad umum, Wad 9D, yang telah ditutup menyusuli jangkitan yang dikesan. Kesemua pesakit wad tersebut sudah menjalani ujian swab dan diasingkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg