Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tuduhan perkauman dalam SPF akan disiasat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tuduhan perkauman dalam SPF akan disiasat

Feb 06, 2024 | 06:11 PM



Kes melibatkan penghinaan kaum atau komen berbaur perkauman secara bersahaja dalam kalangan pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) kini akan disiasat sebagai “kemungkinan salah laku” dan “pelanggaran disiplin,” kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam.

Ini demi memastikan terdapat rekod kejadian tersebut, tindakan tatatertib diambil dan pemantauan rapi tingkah laku pegawai terlibat.

Encik Shanmugam berkata demikian dalam Kenyataan Menteri di Parlimen pada 6 Februari berkenaan isu kematian Sarjan Uvaraja Gopal pada 2023.

Pegawai berusia 35 tahun itu meninggal dunia akibat bunuh diri pada 21 Julai 2023 dan telah berkhidmat dengan SPF selama lebih 10 tahun ketika itu.

Sebelum kematiannya, Sarjan Uvaraja sempat menulis pos di Facebook, yang antara lain, mendakwa dirinya dilontarkan kata-kata berbaur perkauman oleh anggota pasukan SPF lain.

Berkongsi dapatan siasatan berikutan kes tersebut, Encik Shanmugam berkata, rekod polis menunjukkan Sarjan Uvaraja telah membuat aduan mengenai perkara itu pada 2015.

“Siasatan dalaman dijalankan pada masa itu. Mereka mendapati pegawai terbabit sedang bercakap sesama mereka. Kenyataan mereka tidak ditujukan secara khusus kepada Uvaraja. 

“Namun, dan ini adalah perkara penting: kenyataan itu tidak boleh diterima sama sekali - tidak kira sama ada ia ditujukan kepada Uvaraja atau tidak. Ia tidak boleh diterima,” kata Encik Shanmugam.

Beliau menambah bahawa pegawai yang terbabit telah meminta maaf kepada Sarjan Uvaraja di hadapan seluruh pasukan.

“Polis juga akan terus melibatkan pegawai, membentuk budaya dan terlibat dalam perbincangan terus terang mengenai isu-isu di sekitar penghinaan kaum atau komen berbaur perkauman santai. 

“Ini akan dilakukan melalui platform seperti Seminar Etika tahunan serta sesi penglibatan Jabatan Tenaga Kerja Polis dengan pegawai. 

“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan perkauman. Kita juga tidak boleh bertolak ansur dengan perkauman secara bersahaja, kata-kata sinis atau jenaka yang bersifat perkauman,” ujar Encik Shanmugam lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >