Tugu peringati pengorbanan generasi perintis sewaktu Konfrontasi
Terletak di Dhoby Ghaut Green berdekatan MacDonald House - lokasi pengeboman yang korbankan tiga nyawa
Mar 12, 2015 | 5:30 AM
PAHLAWAN NEGARA: Antara yang hadir di acara peringatan itu kelmarin adalah LTC (Bersara) Syed Ibrahim Almahdali mantan komander platun Rejimen Infantri Kedua Singapura (2 SIR) pada 1965. Beliau telah dikerahkan ke Kota Tinggi, Johor, untuk mencegah pensabotaj dari Indonesia daripada menyusup masuk ke Malaysia. - Foto TUKIMAN WARJI -
DALAM KENANGAN: Cucu mangsa pengeboman, Allahyarham Mohammed Yasin Kesit, (dari kiri) Cik Nur Aisyah Rapii, Cik Siti Zubaidah Rapii, dan Cik Rafeza Rapii, meletakkan kuntuman bunga teluki di tugu peringatan sebagai tanda mengenang pengorbanan dan jasa mereka yang terkorban semasa Konfrontasi. - Foto TUKIMAN WARJI -

KETIKA membesarkan tiga anaknya, Allahyarham Rapii Mohammed Yasin menceritakan kepada mereka peristiwa Konfrontasi dan pengeboman bangunan MacDonald House yang membunuh ayahnya, Allahyarham Mohammed Yasin Kesit, dan menjadikan beliau anak yatim.
Kelmarin, anak Allahyarham Rapii bersama ibu mereka, Cik Zaiton Abdullah, dan saudara-mara mangsa lain serangan itu mengenang orang-orang tersayang yang mereka kehilangan dalam acara peringatan dan perasmian Tugu Peringatan Konfrontasi di Dhoby Ghaut Green, berdekatan MacDonald House.