Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tujuh ditahan beli rokok elak cukai dalam talian

Aug 19, 2021 | 5:30 AM
PADAH BELI ROKOK KONTRABAN: Bungkusan rokok elak cukai dijumpai pegawai Kastam Singapura semasa salah satu operasinya awal bulan ini. - Foto KASTAM SINGAPURA
PADAH BELI ROKOK KONTRABAN: Bungkusan rokok elak cukai dijumpai pegawai Kastam Singapura semasa salah satu operasinya awal bulan ini. - Foto KASTAM SINGAPURA -

TUJUH lelaki warga Singapura ditahan awal bulan ini kerana membeli rokok elak cukai daripada pembeli luar negara melalui sebuah platform beli-belah dalam talian popular, kata Kastam Singapura kelmarin.

Mereka ditahan antara 4 dengan 6 Ogos dalam beberapa operasi Kastam Singapura, hasil rujukan pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pengendalian Kargo Udara Changi, Penguasa (Command) Kargo Udara, yang mengesan bungkusan rokok elak cukai.

Dalam satu posnya di Facebook, Kastam Singapura berkata operasi tiga hari itu tertumpu pada penerima bungkusan beli-belah dalam talian tersebut, dan dijalankan di Woodlands, Tanglin Halt, Tampines, Pasir Ris dan Teban Gardens.

"Siastan mendedahkan semua tujuh lelaki itu menggunakan sebuah platform beli-belah dalam talian popular untuk memesan rokok elak cukai daripada pembeli luar negara," kata Kastam Singapura.

Ia menambah bahawa tiga daripada mereka telah didakwa di mahkamah sementara siasatan sedang dijalankan terhadap empat lelaki itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg