Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tumbuhan barah hidung AP Baey Yam keng 'sudah hilang'

Apr 22, 2022 | 4:57 PM
Anggota Parlimen, Encik Baey Yam Keng berkata tumbuhan barah di hidungya sudah hilang dan virus berkaitan barah itu sudah tidak lagi dikesan di dalam darahnya.
Anggota Parlimen, Encik Baey Yam Keng berkata tumbuhan barah di hidungya sudah hilang dan virus berkaitan barah itu sudah tidak lagi dikesan di dalam darahnya. - - Foto: FACEBOOK/BAEY YAM KENG

ANGGOTA Parlimen (Tampines GRC), Encik Baey Yam Keng, hari ini (22 April) berkata, ketumbuhan di hidungnya sudah hilang dan DNA virus berkaitan dengan barah tidak lagi berada dalam darahnya.

Encik Baey, pada November lalu dikesan menghidap barah di hidungnya yang berada di peringkat satu dan kemudian menjalani rawatan terapi radiasi.

"Semalam, doktor onkologi saya, Dr Joseph Wee memberitahu berita baik tentang imbasan MRI serta ujian darah saya: tumbuhan di hidung saya sudah hilang dan tiada kesan DNA Virus Epstein Barr (yang berkaitan dengan barah hidung) dalam darah saya," kata Encik Baey dalam satu catatan di Facebook.

Beliau menambah tarikh selanjutnya untuk memantau keadaannya adalah Januari tahun depan.

"Ini pencapaian saya pertama menyusuli rawatan radiasi, salah satu dalam banyak lagi yang saya perlu lalui. Peringkat selanjutnya adalah imbasan PET pada Januari 2023, yang menandakan ulang tahun pertama saya tamat rawatan itu," katanya lagi yang juga Setiausaha Parlimen Kanan dalam Kementerian Pengangkutan.

Ujian Positron Emission Tomography atau PET Scan adalah satu ujian imbasan yang dapat mengenal pasti peringkat awal barah, penyakit jantung dan masalah di dalam otak.

"Namun biasanya seperti semua doktor lain, Dr Wee menasihati saya agar bersedia menghadapi keadaan yang paling rumit," kata Encik Baey.

"Beliau memberitahu, barah itu boleh kembali pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun ia tetap satu berita yang baik."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg