Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tumpahan minyak sebabkan sesak teruk, jejas khidmat bas di Woodlands

Jan 29, 2016 | 11:18 AM
-

SATU tumpahan minyak serius di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk, dan menjejas hampir sedozen perkhidmatan bas SMRT di pusat tukaran bas Woodlands.

Tumpahan itu berlaku tidak jauh selepas jalan susur ke Mandai Road arah ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).

SMRT berkata ini menyebabkan kesesakan kesesakan lalu lintas hingga ke Woodlands Avenue 1, 2 dan 3.

SMRT berkata perkhidmatan bas terjejas ialah 178, 187, 858, 911, 913, 925, 950, 960, 961, 963 dan 966.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDFG) sedang membersihkan tumpahan itu, yang dikatakan begitu teruk hingga "semua orang di simpangan itu terperangkap".

SMRT berkata ia tidak tahu apa yang menyebabkan tumpahan tersebut, tetapi ia bukan disebabkan basnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg